Pages

7 Sept 2016

Semporna - Daerah DUA Taman Marin!


1. Semporna ialah sebuah  daerah paling hujung dalam peta Sabah. Ia juga merupakan daerah muslim paling hujung di negara kita kerana bersebelahan dengannya ialah perairan Filipina dan Indonesia.

2. Untuk datang ke sini, anda perlu mendarat di Lapangan Terbang Tawau (TWU) dan dari sini anda akan  meneruskan perjalanan selama 1jam 20min untuk sampai ke pekan Semporna. 

3. Di kiri dan kanan sepanjang perjalanan, anda akan menyaksikan  ladang-ladang kelapa sawit sahaja. Oleh itu, tidurlah dan jika anda terbangun - pemandangan masih lagi kelapa sawit!

4. Namun yang  menariknya ialah Semporna dikelilingi oleh 49 buah pulau-pulau yang  terbahagi kepada 2 plak laut iaitu Laut Sulu dan Laut Celebes (Laut  Sulawesi). 

5. Disebabkan ini, ia BEBAS dari musim monsoon seperti yang dialami oleh pulau-pulau yang terletak di Laut China Selatan. 

6. Di daerah Semporna terdapat 2 TAMAN NEGARA. Oleh sebab ianya terletak di laut, maka kita panggil ia Taman Marin. 

7. Pertama - Taman Pulau Sipadan. Ada 3 pulau kesemuanya iaitu Sipadan, Mabul & Kapalai. 'Kapten' atau 'pusat' untuk taman marin ini ialah Pulau Mabul. Disini terdapat 21 buah resort yang beroperasi sepanjang tahun. 

8. Kedua - Taman Marin Tun Sakaran. Ianya merupakan taman  marin kedua terbesar di Malaysia. Ada 8 buah pulau disini dan paling dikenali ialah Pulau Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan. 

9.  Pendek kata - kehidupan di Semporna seolah-olah seperti dalam cerita  'Waterworld' atau 'Pirate of The Caribbean'. Anda dikelilingi air laut yang hampir-hampir tiada ombak! Anda bebas untuk berenang, snorkeling, hiking atau Scuba diving di sini.

10. Pulau Mabul, Sipadan &  Kapalai terletak BERSEBELAHAN dengan perairan antarabangsa INDONESIA.  Sebenarnya, sebaik kita memenangi tuntutan hak kedaulatan melalui ICJ pada 2002 - maka sejak itu Sipadan berada dalam peta Malaysia! Ya, sebelum ini Pulau Sipadan berada dalam peta Indonesia.

11. Pulau Mabul ini sangat unik. Ia dikenali sebagai 'The Muck Diving Heaven of  Malaysia' dan juga mendapat jolokan 'The Maldives of Malaysia'. Ianya  juga merupakan santuari penyu Malaysia dimana spesis Green Turtle & Hawksbill Turtle masih terpelihara sehingga kini. Oleh yang demikian, sambutan World Turtle Day peringkat negara biasanya disambut di Pulau Mabul pada bulan Mei & November setiap tahun.

12. Pulau Mabul juga merupakan hos untuk menjayakan pertandingan 'Miss Scuba International' pada setiap November dan acara ini ialah pecahan dari 'Miss Universe'.

13. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Ianya berdiri di atas tiang setinggi 2,000 kaki dari dasar laut dan terpisah dari plak tanah besar Semporna. Jesteru, ianya menjadi sarang haiwan 'pelagic' yang besar-besar seperti jerung, penyu, barracuda, giant trevally, bumphead parrotfish dan ikan pari besar (manta ray).

14. Pulau Kalapai terkenal dengan spesis 'macro' yang unik dan ganjil. Sebenarnya inilah kelebihan Kapalai &  Mabul - ianya LAWAN kepada Sipadan! Kalau di Sipadan haiwannya besar, maka di Mabul & Kapalai pula haiwannya kecil, unik dan ganjil. 

15. Kesimpulannya Taman Pulau Sipadan (Mabul, Sipadan & Kapalai) ini ialah tempat untuk aktiviti snorkeling & diving yang ekstrem! TIADA jetski atau banana boat disini! Yang datang ke Pulau Mabul  hanyalah mereka yang menikmati aktiviti snorkeling & diving sahaja.


16. Kalau bercerita tentang Taman Marin Tun Sakaran pula - semestinya daya tarikan utama ialah Pulau Bohey Dulang!
 
17. Pulau Bohey Dulang merupakan santuari kima gergasi Malaysia. Disini juga anda boleh mendaki ke puncak setinggi 2,000 kaki dan menyaksikan pemandangan laut tercantik di Malaysia! Sebaik anda mendarat di jeti  Bohey Dulang, anda akan faham mengapa taman marin ini mendapat jolokan 'The Bora-Bora of Malaysia'! 

18. Mendaki ke puncak Bohey Dulang memang memenatkan! Namun sebaik tiba di puncaknya, segala kepenatan yang anda lalui tadi tiba-tiba lenyap & yang hadir ialah kepuasan dan pemandangan semacam lukisan dengan senggatan air biru-hijau yang disulami dengan susuk pulau-pulau yang berbalam!

19. Pulau Mantabuan pula mempunyai formasi taman karang yang unik kerana ia merupakan kesan peninggalan gunung berapi yang meletus kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu. Bermakna, jika anda bersnorkeling di sini, anda akan menyaksikan suatu pemandangan 'coral garden' yang berbeza berbanding Pulau Mabul.

20. Pulau Sibuan - ahh... ini pulau yang sangat cantik! Dengan pasirnya yang putih, pohon-pohon kelapa yang  melambai, air hijau zamrud yang tidak berombak sepanjang tahun dan  ikan-ikannya yang jinak maka layaklah ia mendapat jolokan pulau tercantik di Taman Marin Tun Sakaran ini. Apabila anda berjalan  mengelilingi Sibuan, anda akan faham mengapa pada tahun lepas wujudnya isu pelancong asing yang ditangkap berbogel di pulau ini! Harap jika anda ke sini...jangan ulangi peristiwa ini ya!

21. Jadi, ada 2 taman marin. Masalahnya, anda nak pilih yang mana satu? Atau pilih kedua-duanya sekali? 

22. Walaubagaimanapun, kecantikan taman-taman marin di Semporna ini  telah mendapat liputan NEGATIF dari rakyat dalam negara kita sendiri. 

23. Bila bercakap pasal 'MABUL' sahaja - terus ramai orang akan  menasihati anda supaya JANGAN datang ke sini kerana masalah penculikan, lanun, Abu Sayyaf, militan, tebusan, tembak-menambak dan macam-macam  lagi!

24. Kadang-kadang walaupun saya menyatakan fakta logikal -  ianya tidak dipedulikan walaupun umum mengetahui yang kedua-dua taman marin ini dijaga 24jam oleh ESSCOM. 

25. Contohnya isu penculikan di daerah lain (jaraknya 5jam perjalanan darat dari sini) dimana 2 orang  tetamu sedang makan di sebuah restoran yang berhampiran dengan laut telah diculik oleh kumpulan ASG (Abu Sayyaf Group) pada tahun 2015. 

26. Disebabkan itu, media sosial dan khabar angin mengatakan yang KEJADIAN tersebut berlaku di Pulau Mabul! Padahal ianya berlaku di tempat lain dan BUKAN dalam daerah Semporna pun.

27. Isu gempa bumi di Gunung Kinabalu pun menyebabkan pelancong takut & menganggap Pulau Mabul yang dilanda gempa!

28. Kadang-kadang, terfikir juga saya - mengapa kerajaan Malaysia tak tutup sahaja kedua-dua taman marin di Semporna ini dan menghalang pelancong memasukinya? 

Iklan billboard besar di MRR2 dekat Ampang, Kuala Lumpur. Mustahil kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pelancongan) sanggup buang duit & promosi besar-besaran KALAULAH Pulau Mabul ni tak selamat! Kan? Betul tak?

29. Adakah Pulau Sipadan/Pulau Mabul baru sekarang pihak anggota keselamatan menjaganya?  

30. Saya tabik hormat kepada anggota ESSCOM! Mereka sebenarnya ialah wira yang mahukan anda menegur dan menyapa mereka walaupun sedang bertugas 24jam di kedua-dua taman marin ini. 

31. Ya, kepada sesiapa yang pernah datang ke sini, ANDA memang tahu keadaan keselamatan dan aman-damai yang sentiasa menceriakan pelancong-pelancong & menggamit supaya 'datanglah lagi' dalam tempoh yang terdekat.

32.  Kesian, kerana daerah Semporna yang merupakan penyimpan khazanah marin terbaik di negara kita dianggap seperti dalam perang Gaza atau Tebing Barat! 

33. Datanglah ke Semporna. Makanlah seafood dengan mewahnya. Sombonglah tatkala merakam foto & memuatkannya ke facebook atau instagram kerana hati anda akan DICULIK dan perasaan anda  meronta-ronta untuk nak datang lagi! 

34. Tiada perintah berkurung seperti perang Syria di sini. Yang ada hanyalah perintah MAKAN dan snorkeling/diving sepuas-puasnya!

35. Tinggalkan sahaja alamat email anda & kami akan menghantarkan sebutharga pakej percutian ke Semporna secepat mungkin!

P.s - Tanyalah kepada mereka yang pernah bercuti bersama kami tentang kedua-dua Taman Marin di sini.  Terima kasih & kepada anda yang pernah bersama kami - pada bulan Ogos atau September ini nantikan pakej seterusnya iaitu laluan Mataking/Pom-Pom/Pandanan pula!

24 Aug 2016

Belajar Skindiving a.k.a Freediving Dalam Masa 2hari?

1. Anda selalu menonton cerita Hollywood? Pernah saksikan adegan hero pegang tangan heroin berlari-lari sehingga sampai ke hujung jambatan dan takder jalan keluar akhirnya mereka melompat terjun terus ke laut di bawah jambatan itu?

2. Ya! Apabila menyaksikannya, pernahkah anda terfikir yang "ahh, memang kalau cerita orang putih semuanya reti berenang..." atau "itu semua stuntman yang buat"?

3. Inilah yang dikatakan ILMU 'survival' di dalam air! Ianya bermula dengan pelajaran yang kami panggil 'Water Confidence!'

4. Setiap kali saya menerima kunjungan pelancong ke Semporna & Pulau Mabul, perkara pertama yang mereka cakap ialah "Bang Adli, saya ni tak reti berenang. Boleh tak kalau saya ikut bot dan duduk kat dalam bot tu saja?".

5. Ada juga yang mahu snorkeling, tetapi MESTI dengan bantuan lifejacket gara-gara kisah silam atau pengalaman buruk sewaktu bercuti di pulau yang lain sebelum datang ke sini.

6. Apapun alasannya - mari kita perhatikan, susah sangat ker kalau nak belajar terapung, berenang & snorkeling dengan betul pada kedalaman 20kaki tanpa bantuan lifejacket?

7. Ok, fakta pertama - 70% muka bumi ini majoritinya ialah AIR! Tak kiralah air tasik, sungai, kolam, air dalam gua, air terjun dan laut.

8. Fakta kedua - Terapung, berenang & menyelam ialah sejenis SKILL (kemahiran yang boleh dipelajari) & bukannya BAKAT semulajadi (talent)!

9. Fakta ketiga - Berbanding orang putih yang mewajibkan anak2 mereka yang berumur 4tahun ke atas dihantar terus ke 'coach' renang & belajar berenang di kolam renang awam, masyarakat Malaysia secara majoritinya tak pernah didedahkan dengan ilmu formal 'water confidence' sejak kecil.

10. Fakta keempat - Kalaupun ada rakan-rakan anda yang pandai berenang, mereka sebenarnya bertuah kerana tinggal berhampiran dengan sungai atau laut. Ada juga yang memang lahir dan membesar di sebuah rumah yang telah disiapkan kolam renang. Mereka ini pandai kerana adanya kemudahan!

11. Baik. Kalaulah ianya SKILL, maka bolehlah kita belajar yer tak?

12. Jawapannya - YA! Itu sebablah jika anda menyertai PAKEJ PERCUTIAN KAMI ke Pulau Mabul atau Bohey Dulang, MEMANG kami akan mengajar anda berenang dengan betul dalam satu sessi KHAS yang dikenali sebagai 'Water Confidence'.

13. Apa perasaannya bila belajar 'Water Confidence' ni?

14. Begini, setiap manusia memang ada perasaan takut jika tenggelam di dalam air. Juga perasaan kalau tersedut air sewaktu menyelam nanti maka aku akan mati! Jesteru, sessi ini sebenarnya menerangkan kepada anda tentang bagaimana hendak membuang perasaan fobia ini supaya anda tidak lagi menggelabah di dalam air sampai bila-bila!

15. Pelajaran pertama ialah ilmu MENGENALI DIRI dan sains laut. Kepada sesiapa yang pernah mengalaminya, maka dia akan kenal saiz tapak kakinya ialah di lengan, ketinggian seseorang itu hanyalah sedepa dan air ludah/air kencing bukanlah bahan buangan biasa-biasa!

16. Seterusnya dia juga akan mengetahui yang di dalam badan manusia terdapat rongga yang dipenuhi dengan angin (dan rongga-rongga ini semua akan menyebabkan manusia boleh terapung secara semulajadi), air laut yang terang & jernih sebenarnya lebih masin dan mempunyai daya apungan yang sangat tinggi! Bermakna, di laut Semporna (tak kiralah sama ada di Pulau Mabul atau Sibuan) ANDA MEMANG SEMULAJADI BOLEH TERAPUNG! Cuma anda belum mengetahuinya sahaja!

17. Setelah itu, anda akan dibawa terus ke dalam air yang DALAM untuk sessi praktikal. Lifejacket TIDAK disediakan! Masih takut lagi? Teruskan membaca!

18. Sessi ini akan dijalankan dengan seorang 'coach' yang hebat. Biasanya Mr John Daves akan menjadi cikgu anda. John akan mengarahkan anda supaya 'melemahkan badan', 'berserah' dan.... ajaibnya anda secara semulajadi akan terapung!

19. Kemudian anda akan diajar bergerak di permukaan air. Aktiviti ini dinamakan berenang. Setiap pergerakan renang sebenarnya terletak kepada teknik 'stroke' dengan tangan! Ya, ianya KONTRA dengan persepsi anda yang rata-rata memikirkan skill berenang itu berada pada kekuatan 'paddling' menggunakan kaki!

20. Anda akan mula khayal & lalai. Kata seorang pelancong kami Kak Dayah (bukan nama sebenar) pada bulan April lalu - "Saya masih kagum dengan diri sendiri tentang bagaimana saya boleh berenang tanpa lifejacket!".

21. Kemudian barulah anda diajar teknik snorkeling yang betul dengan mask, snorkel dan fins (kaki itik).

22. Esoknya, semasa sessi snorkeling yang sebenar - ANDA AKAN LUPA DARATAN! Berapa kali pun kami panggil untuk naik ke bot, anda tidak endahkan dan meminta 10minit lagi untuk bersnorkeling!

23. Tetapi, nikmat kepuasan untuk para snorkeler ialah SKINDIVING atau FREEDIVING! Ianya pun merupakan SKILL yang boleh dipelajari dan bukannya bakat.

24. Skindiving ialah 'menyelam hanya dengan mask, snorkel & fins tanpa bantuan tangki oksigen'. Kalau yang menggunakan tangki & jaket BCD tu namanya SCUBA DIVING.

25. Kepuasan seseorang yang mampu skindiving terucap dengan satu ayat ini - "Bang Adli, jom kita layan skindiving kat Pulau Sibuan. Dah lama tak basahkan insang!" kata Aiman, seorang 'diver' yang sukakan freediving/skindiving ini.

26. Itulah kalau dah tak jumpa sangat dengan laut, Pusat Akuatik Darul Ehsan pun jadikkk! Janji insang tu basah! Tak caya? Kalau tak jumpa diaorang kat Shah Alam, cari mereka yang dah berinsang ni kat Pusat Akuatik Putrajaya Presint 6!

27. Skindiving ialah kepuasan! Saat anda bergerak bebas tanpa gangguan graviti dan berpusing-pusing macam 'terbang' lagak superhero di dalam air tu - hanya ANDA sahaja yang mampu menghayati perasaan ini! Apa lagi sewaktu mengejar penyu atau 'masuk' kedalam pusaran ikan! Feeling dia... FUHHHH!

28. Percayalah yang mereka di dalam foto-foto ini majoritinya tak pernah berenang atau skindiving sebelum datang ke Mabul/Bohey Dulang.

29. Kalau mereka boleh, takkan anda tak boleh! Cuba tengok foto seorang akak tu terapung baring kat bawah ni. Relax jer dia kan?

30. Datanglah ke Semporna dan pelajarilah satu SKILL yang akan menyebabkan anda tidak takut lagi pada kedalaman air sampai bila-bila!

31. Pengantin pun buleh buat jugak! Tak caya? tengok gambar kat bawah ni.

32. Tinggalkan sahaja alamat email anda dan kami akan hantarkan sebutharga pakej percutian ke Semporna/ Pulau Mabul/ Bohey Dulang secepat mungkin!

33. Kepada ahli skindiver sekelian yang pernah freedive kat Mabul/Sibuan/Kapalai/Mantabuan - sila tuliskan ayat-ayat motivasi anda pada ruangan komen kat bawah ni ya! Mari kita meramaikan ahli!