Pages

13 Dec 2015

32 Sebab Mengapa Ke Pulau Mabul

Mengapa Ke Pulau Mabul Dengan Pakej Selam-Selam 3H/2M SipadanBorneo Resort?

Ramai yang sudah tahu tentang Pulau Mabul. Ia merupakan salah satu pulau di dalam kawasan Laut Celebes (dalam Taman Marin Pulau Sipadan, ada 3 pulau kesemuanya iaitu Mabul, Sipadan dan Kapalai) yang digelar 'The Best Muck-Diving Heaven in Malaysia' dan tergolong dalam 'Top 10 Best Secret Islands on Earth'.

Tetapi, untuk kepuasan yang maksima, berikut dinyatakan SEBAB mengapa ramai pelancong memilih pakej KAMI untuk ke Pulau Mabul:-

1. Nak merasai pengalaman tidur di resort atas air (over the water resort).
Sebabnya pada malam yang terakhir, anda akan tidur di The Dragon Inn Floating Resort di Pekan Semporna. Pejabat kami berada di perkarangan resort ini dan Dragon Inn merupakan salah satu 'Top 10 Floating Hotels' mengikut senarai AskMen


2. Nak melawat pusat kraftangan Semporna.
Kami membawa anda melawat ke Pusat Kraftangan Semporna! Di sini anda diberikan masa lebih-kurang 2jam untuk membeli barangan cenderamata (fikirkan MUTIARA!) dan mungkin juga mencari seluar pendek, topi besar warna merah jambu atau selipar di saat-saat akhir. Kami akan memperkenalkan anda dengan Auntie Daisy - kedai cenderamata yang terkenal di sini.


3. Nak melawat akuarium terbuka di Semporna Ocean Tourism Centre.
Kalau kita bercerita kosong tentang 'kerapu sebesar meja makan 6 tempat duduk' nampak kelakar kan? Tetapi MEMANG itulah realitinya. Kami akan membawa anda ke akuarium terbuka ini dan anda rakamlah foto dan 'tag' kawan anda!


4. Menikmati makanan laut yang segar (fresh seafood!).
Bila bercakap tentang makanan laut, terus terbayang sotong goreng tepung, udang goreng butter, ikan siakap masak 3 rasa, ikan pari bakar dan kerang rebus. Pada kami inilah menu tipikal untuk rakyat Malaysia bila bercerita tentang 'seafood'. Sejujurnya, apabila anda datang kali pertama ke ‪#‎Pulau‬ ‪#‎Mabul‬, anda tidak perlulah memesan makanan laut sebegini. Kita sedang bercakap tentang MENU EKSOTIK seperti 'deep fried calamari', scallop stim nyonya, udang mantis goreng lada, ketam jumbo stim (dan kemudiannya masak sweet & sour), ikan 'rabbitfish' yang dipanggang dlm daun pisang, ikan kerapu bara masak sos-thai, slipper lobster wet-butter, sapau japanese toufu dengan gamat putih dan sayur peria masak telur asin (itu tak termasuk jus avokado ice-blended lagi!).


5. Nak tengok 4 warna air laut!
Selalu kita dengar ungkapan 'The Emerald Blue Sea'. Ada 4 warna air laut di Taman Pulau Sipadan (Mabul) iaitu emerald, turquoise, baby blue dan deep blue. Semua warna ini boleh anda rakam sebaik SAMPAI di Pulau Mabul! Bukan hanya Bora-Bora dan Maldives sahaja yang ada kualiti air sebegini (dan untuk merakam foto sampan terapung tanpa bayang-bayang tu bukanlah susah sangat pun kat Mabul ni).


6. Belajar renang & snorkeling dengan betul.
Ada yang mahu datang tapi tak tahu berenang. Ada yang pernah snorkeling tetapi setakat 'biasa-biasa' sahaja. Jangan risau kerana di dalam sessi 'water confidence', kami akan mengajar anda cara-cara terapung, berenang dan snorkeling YANG BETUL! Mengapa? Kerana kami tidak mahu anda merasa rugi dan tidak puas dalam tempoh percutian anda di Pulau Mabul. Untuk pengetahuan anda, kami merupakan PADI Resort yang menganjurkan kursus (lesen menyelam) scuba yang pernah memenangi anugerah Asia Pacific Award sebanyak 2 kali berturut-turut!


7. Nak snorkeling di taman laut Pulau Mabul.
Ramai orang suka snorkeling. Tetapi bila bercakap mengenai Pulau Mabul - destinasi snorkeling anda semestinya di The Paradise II (yang rimbun dengan 'soft & hard corals'), Lobster Wall (dinding laut yang mendebarkan!), Water Bungalow House Reef (lebih 200+ struktur binaan manusia!), dan SWV Lagoon (dua dunia iaitu 'sandy bottom' dan 'coral garden'). Lupa pula nak masukkan sekali Panglima Reef, Eel Garden dan lokasi 'sarang penyu' utama iaitu Sandro Point!



8. Nak bagi ikan makan roti semasa snorkeling. 
Anda berada di tengah-tengah laut & sedang snorkeling. Tiba-tiba divemaster (snorkeling-buddy) menghulurkan sekeping roti ke tangan anda. Selepas itu anda akan dihurungi oleh 30-40 ikan warna-warni yang kelaparan dan merebut (menggigit) roti yang ada ditangan anda. Seronok? Ya, mula-mula laa.. lepas tu bila ikan-ikan bersaiz 'bagak' datang... kita tengok tangan siapa yang kena gigit!


9. Belajar skindiving / freediving.
Baiklah, anda memang sudah mahir snorkeling. Malah tidak langsung memakai 'life jacket' semasa berenang. Sarungkan sahaja 'kaki itik' (fins) dan cubalah skindiving (atau freedive)! Apabila anda telah tahu bagaimana untuk 'skindive', percayalah yang anda tidak akan menggunakan lagi 'life jacket' sampai bila-bila! Kami akan mengajar anda kemahiran yang betul untuk aktiviti ini.


10. Nak layan snorkeling malam.
Dalam pakej ini sudah tersedia slot untuk aktiviti snorkeling malam. Ia bermula dari jam 8.00 - 10.00 malam. Mungkin anda skeptikal terhadap aktiviti ini, tetapi percayalah ia sangat menarik umpama anda mencari 'harta karun' dilaut. Yang paling mendebarkan ialah apabila anda menoleh ke kanan, tiba-tiba muncul seekor Green Turtle besar betul-betul disebelah telinga anda!


11. Mencuba aktiviti DSD (Discover Scuba Diving) (Itinerary tambahan!).
Anda telah puas snorkeling dan ingin mencuba 'scuba diving', masalahnya anda tiada lesen menyelam! Jangan risau kerana anda boleh cuba DSD (menyelam tanpa lesen) dengan bantuan 'dive buddy'. Sebelum anda menyelam, anda kena belajar dulu teorinya selama 1 jam. Kemudian anda akan menyelam sehingga 28 kaki dan menikmati pemandangan dasar laut yang sangat mengujakan! Di situ anda akan faham mengapa ramai orang suka 'scuba diving' pada zaman sekarang.


12. Nak scuba-diving di taman laut Pulau Mabul (Itinerary tambahan!).
Anda ada lesen menyelam dari PADI, NAUI atau SSI? Bawalah sekali lesen itu! Manalah tahu anda ingin menyelam pula. Bolehlah bertemu dengan sekawan ikan Jackfish yang bergulung umpama puting-beliung!

13. Belajar diving dan mengambil lesen PADI Open Water (Itinerary tambahan!).
Snorkeling sudah, DSD pun sudah. Boleh tak 'extend' dan ambil lesen menyelam terus? Jawapannya YA, ANDA BOLEH kerana kami juga ialah PADI Dive Resort yang menganjurkan kursus menyelam scuba dari Open Water sehingga Divemaster!


14. Berenang bersama penyu.
Ada dua jenis penyu di sini, iaitu Green Sea Turtle dan Hawksbill Turtle. Ada yang mengatakan penyu-penyu di Pulau Mabul macam kucing. Kalau tak jumpa juga penyu, maknanya anda belum sampai di Mabul lagi! Di hadapan deck (pelantar) resort kami, penyu-penyu akan melintas pada waktu malam. Sewaktu anda sedang bersnorkeling, jangan terkejut jika di ada seekor penyu besar di sebelah anda! Inilah pengalaman istimewa Pulau Mabul yang sangat mengujakan!


15. Nak makan ketam yang besar!
Bercakap pasal ketam, Pulau Mabul ialah tempat dimana anda boleh menikmati ketam bersaiz 'jumbo' dengan harga yang murah. Lima ekor ketam bersaiz dua tapak tangan, disusun dalam satu baris hanya Rm20-Rm25 sahaja! Yang menariknya ialah anda tidak perlu bersusah payah nak pergi pasar sebab perahu-perahu kecil akan singgah di depan resort dan semuanya dipenuhi dengan ketam! Jangan risau tentang menu, serahkan sahaja ketam yang anda telah beli dan kami akan memasakkannya untuk anda.


16. Bergambar tahap model di sekeliling Pulau Mabul.
Pulau Mabul selalunya dipenuhi dengan krew-krew produksi filem dan dokumentari dari serata dunia. Malah selebriti dunia juga menjadikan pulau ini sebagai destinasi percutian mereka. Pertandingan ratu cantik 'Miss Scuba International' selalunya berlangsung di Pulau Mabul pada bulan November setiap tahun. Sambutan 'World Turtle Day' pula ialah pada bulan Mei setiap tahun. Jadi, pedulikan mereka yang mengatakan anda buang tebiat!, jadilah "model" dan bergambarlah sepuas hati! Sarungkan sahaja baju yang paling anggun, siapkan sahaja kamera DSLR dan secara automatik anda akan diiringi oleh 'krew-krew fotografi tak bertauliah' dari resort kami. Jangan lupa 'tag' kawan-kawan di facebook atau instagram dengan hashtag #akukatmabulkaukatmana



17. Merakam foto perkahwinan.

Mabul merupakan destinasi 'outing' popular untuk pasangan pengantin. Sama ada anda sedang berbulan madu atau meraikan hari ulangtahun perkahwinan, jangan lupa untuk bawa baju pengantin (kalau boleh siap dengan songkok dan kain samping songket) bergambarlah sepuas hati dan di akhir rancangan, terjunlah ke dalam air yang jernih itu dan bergambarlah di dalam air pula! (it's a love story and baby just say yesss.... - maaf, tiba-tiba lagu Taylor Swift ni bermain pula di kepala!)


19. Merakam foto matahari terbit dan terbenam (sunrise & sunset).
Biasa tengok cerita dalam televisyen yang bila sampai babak nak masuk maghrib, kelihatan matahari berlabuh berlatar-belakangkan sebuah pulau di tengah-tengah laut? Jika anda rasakan itu hanyalah fantasi, silakan datang ke Pulau Mabul dan bersedialah dengan kamera dan bateri yang cukup, rakamlah foto 'sunset' yang sebiji macam cerita di tv - lihat jauh nun di sana, matahari itu perlahan-lahan bergerak menuju horizon laut. Dalam masa yang sama, awan-awan mula berarak membentuk kepulan-kepulan kecil menghiasi suasana langit berwarna jingga demi melengkapkan satu lukisan alam yang sejati dan indah! Fuhhh! Nangis!
Untuk cerita matahari terbit pula (sunrise), anda perlu rajin dan gigih untuk bangun pagi kerana sunrise hanya 10 minit sahaja! Siapkanlah diri seawal 4.40 pagi dan berjalanlah menuju ke arah Mabul Water Bungalow. Diantara pukul 5.00 - 5.15 pagi, saksikanlah betapa indahnya alam berubah dari gelap kepada terang! Matahari akan muncul dari horizon laut dan 'ray of lights' akan kelihatan!



20. Merakam foto galaksi bima sakti (milky way).
Jangan tak percaya jika kami katakan bahawa Pulau Mabul juga menjadi destinasi 'pemburu' galaksi bima sakti! Yang ini saya tidak berani komen, anda perlulah bertahap 'otai' untuk melaksanakannya. Mahu sebakul peralatan DSLR perlu anda bawa, tetapi, hasilnya...


21. Belajar dan menyaksikan video tentang hidupan marin dan makhluk unik di Pulau Mabul.
Ikan 'ornate ghost pipefish' merupakan ikan yang sukar untuk dilihat walaupun sebenarnya ia berada di sebelah telinga anda. Ikan 'painted frogfish' mengambil masa 4jam untuk menukarkan warnanya kepada persekitaran dan ia tidaklah berenang, sebaliknya melompat macam katak. 'Razorfish' pula berenang tegak, mukanya mengadap lantai laut dan ekornya di atas. 'Pikachu' ialah sejenis 'nudibranch' dan bukanlah haiwan cerita dongeng tahap pupus yang kini hanya di dalam kartun, sebaliknya ia subur, banyak dan membiak di Pulau Mabul. Itu belum lagi cerita tentang 'blue ringed octopus' yang bisanya mampu membunuh seorang lelaki dewasa dan 'nautilus' yang hidup sejak zaman dinasour! Lupa pula tentang 'flamboyant cuttlefish' yang sentiasa memasang 'lampu neon bergerak-gerak' di bahagian belakang badannya!


22. Merakam foto di dalam air dengan kamera aksi GoPro atau kamera kalis air.
Anda telah menyelam di Pulau Mabul dan rakan-rakan anda tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab tak ada satu foto pun yang dirakam di dalam air. Tak perlulah anda bercerita bertemu seekor penyu yang besar yang sedang berehat atas bot di dasar laut. Awas, jangan cerita lebih! Anda perlukan kamera aksi yang kalis air! Maruah dan ego anda perlu dipelihara! (atau sanggupkah anda dicap sebagai 'mamat yang poyo'?)


23. Nak belajar dan memerhatikan gaya-hidup 'backpackers' dan orang putih.
Sebelum anda mula bertanya, cuba letakkan dahulu diri anda menjadi mereka:- sanggup tinggal di Pulau Mabul selama beberapa minggu tanpa masalah, - sanggup tidur tanpa aircond dengan catuan elektrik 8jam sehari tanpa mengeluh, - bertegur-sapa dengan lain-lain backpacker macamlah dah kenal 2-3 tahun sedangkan baru saja kenal satu hari, - pandai mengatur sendiri aktiviti tanpa bertanya dengan staff resort "lepas ni nak buat apa?", - makan nasi setiap hari walaupun sebenarnya mengharapkan pasta, roti atau tapas. Sesungguhnya mereka inilah explorer dan traveller. Jarang mereka digelar tourist! Kadang-kadang bila difikirkan, patutlah nenek-moyang mereka mampu jadi penjajah kan?


24. Nak belajar mengenali dan mengetahui kemampuan diri sendiri.
Air ludah (saliva) digunakan sebagai 'anti-kabus' manakala air kencing digunakan sebagai pembatal bisa (contohnya bila terpijak landak laut). Ukuran tapak kaki ada di lengan, ukuran pinggang di leher dan ukuran tinggi bersamaan dengan satu depa. Sekiranya anda berasa pening dan mual, ubat terbaik ialah teh-o pekat panas kurang manis dan habiskan satu cawan. Jika air laut berwarna jernih, maka ianya semakin masin dan semakin susahlah untuk anda tenggelam. Sesungguhnya ketakutan yang anda alami semasa di atas air hanyalah imiginasi anda sahaja! Yang penting pastikan anda menyerap masuk kemahiran baru yang bakal kami salurkan!

25. Nak belajar fasal nama ikan kerana bukan 'nemo' sahaja yang wujud di dalam laut!

Selalunya orang akan mengharapkan untuk bertemu 'Nemo' sewaktu snorkeling. Ketahuilah nama ikan itu yang sebenarnya ialah Clownfish. Ikan panjang yang berwarna kuning tu pula ialah Trumpetfish. Angelfish banyak terdapat di Paradise II dan yang tercantik ialah Emperor Angelfish. Ikan berbelang-belang kuning/hitam yang sentiasa kelaparan dan menyentap roti di tangan anda itu pula ialah Sergent Major Fish. Watak jurulatih 'nemo' dalam akuarium tu pula bernama ikan Moorish Idol. Soalan: Si 'Dory' tu ikan apa?


26. Melihat sendiri kehidupan kaum Palau' (sea gypsy) yang tidak bertamadun dan tidak bernegara!
Kaum nomad-laut (dalam bahasa Inggerisnya = Sea Gypsy) ialah kaum yang berpindah-randah mengikut arus, cuaca atau hanyut secara sukarela di lautan yang luas. Kaum ini tiada tamadun, tidak ada warganegara, tidak ada agama dan tidak bekerja. Nama kaum ini di Pulau Mabul ialah PALA-U (sebutan: pa-la-oou). Mereka ialah pelaut yang hebat, mampu meenyelam tanpa tangki oksigen selama 5 minit, tinggal di rumah bot, melahirkan anak di dalam air dan tidak memerlukan GPS untuk mengembara di lautan luas! Perhatikanlah kehidupan mereka dengan teliti, anda pasti akan kagum (dan insaf) dengan kepelbagaian kaum manusia yang diciptakan tuhan!


27. Melawat kampung pelarian perang Filipina di Pulau Mabul.
Pada tahun 70-an telah berlaku perang saudara di negara Filipina. Semasa itu, kerajaan terpaksa mengasingkan pelarian perang ini dari rakyat negara kita. Maka saat itu Pulau Mabul telah menjadi platform tinggal sementara (suaka politik) untuk mereka. Mereka ini beragama Islam, berketurunan rumpun Melayu (kaum Suluk dan Bajau dari Filipina) dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Sedikit demi sedikit generasi awal mereka telah dihantar pulang ke negara asal dan kini yang tinggal di Pulau Mabul tidaklah seramai dahulu. Mereka menjadi nelayan ikan tuna, ketam, udang kara, ikan kerapu dan selalunya akan berlabuh di resort-resort sekitar Pulau Mabul untuk menjual hasil tangkapan mereka. Sekiranya anda melawat ke kampung mereka, anda akan rasa bersyukur betapa bertuahnya anda dilahirkan sebagai rakyat Malaysia! Sekali lagi - jangan salah faham ya, mereka bukannya rakyat kita (mereka bukan orang Sabah).

28. Tidur di deck terbuka mengadap horizon laut.
Bayu laut bertiup sejuk, tidur di ruang terbuka sama ada di atas kerusi malas atau 'hammock', bertemankan bulan, bintang (dan cahaya dari bot-bot nelayan nun jauh di tengah laut), menghirup udara tanpa pencemaran dan yang paling mahal - letak saja kepala, setelah lima minit anda akan tertidur macam bayi! Ini barulah 'holiday!'

 
29. Nak 'terjun tiruk' di depan deck sewaktu air pasang dalam.
Sekiranya air sedang pasang tinggi, ianya selamat untuk anda terjun dari deck kerana badan anda tidak akan mencecah lantai laut. Kedalamannya mencecah 11 kaki. Waktu ini anda boleh terjun dengan pelbagai aksi!


30.  Melawat pusat penetasan/pengeraman telur penyu.
Pulau Mabul merupakan salah satu santuari penyu di Malaysia. Sekiranya anda berjalan mengelilingi pulau, anda akan menemui 2-3 tapak penetasan penyu di sini. Terjumpa dengan telur penyu? Jangan risau, anda akan menerima habuan sebanyak RM10 sebiji telur dari mana-mana resort (untuk tujuan pengeraman dan kelangsungan warisan penyu di sini).


31. Nak pegang tapak sulaiman sewaktu air surut.
Jika anda putuskan kelima-lima jari seekor tapak sulaiman (sea stars) dan membuangkannya semula ke laut, maka keesokan harinya akan wujud lima ekor tapak sulaiman yang baru! Ada dua spesis yang popular di sini iaitu 'blue linckia star' dan 'knobbly sea star'. Nak belajar cara memegangnya? Datanglah sini...


32. Nak membeli-belah di Bandar Tawau!
Bercakap pada Tawau, anda perlu bersedia dengan wang yang cukup untuk - ikan bilis, ikan keropok, udang kering, ikan kurau, ikan talang, keropok belinjo, keropok amplang, kopi Tawau, rumpai laut kering, makanan laut segar dan kain-baju berkualiti dari negara jiran Indonesia. Tanyakan sahaja kepada kami dan sebuah van pelancongan akan menghantar anda ke pasar-pasar terkemuka di Bandar Tawau!

Anda ada sebab lain untuk ke Pulau Mabul? Jika ada sila kongsikan dengan kami. Untuk menempah percutian anda ke Pulau Mabul, sila whatsapp 016.827.0972 dan berikan alamat email anda kepada kami. Sebutharga percutian penuh ke Pulau Mabul akan dihantar secepat mungkin. Jom! Kita ke Pulau Mabul!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emailkan package mabul 2017 untk sy.
      Aidifitriyah@gmail.com

      Delete